Jalan Jalan Cari Makan

Tak Ada Customer Korek hidung Pernahkah anda melihat apabila lalu atau singgah hendak minum atau makan, tiba tiba anda ternampak salah seorang pekerja kedai makan tersebut relax sambil korek hidung? atau sambil korek korek gigi?

KL Food Cafe - Jalan Jalan Cari Makan

Tak dinafikan ia akan terjadi tetapi mungkin anda ternampak dan buat tak tahu, sebab alasan tak mahu memalukan mangsa atau tak mau ambil tahu tentang orang lain walaupun anda sebenarnya berada dalam kedai tersebut untuk sarapan, mungkin juga anda seorang yang tak ambil kisah dan boleh menelan apa sahaja yang ada dihadapan anda.

Pengusaha kedai makan di Malaysia, khususnya mereka tak mengambil berat tentang kebersihan kerana mungkin dia, pengusaha sendiri adalah jenis pengotor, apa yang mereka mahu adalah kutipan wang jualan masakan mereka. Tetapi mereka sebenarnya tidak tahu, bahawa setengah pelanggan amat menitik beratkan tentang hal ehwal kebersihan sekeliling kedai makan dan kebersihan pekerja.

Agaknya apa kata anda sekiranya harga minuman segelas "Tea-O Ice"  RM2.20, ditambah tak sedap dan pekerja pulak jenis tak pandai jaga penampilan diri. Ia ada harga segelas "Tea-O Ice" RM2.20 ialah di kedai Lotus Nasi Kandar hadapan Maju Junction.

Ia ada, pekerja relax sambil korek lubang hidung apabila tidak ramai pelanggan menjamu selera di kedai tersebut tanpa merasa ada seseorang yang sedang memerhati gerak geri mereka!! Tetapi kami belum ternampak lagi pekerja restaurant di Lotus Nasi Kandar Penang itu.

Jalan Jalan cari Makan

Restoran Hassan Shah Chow Kit

Restoran Hassan Shah - Chow Kit - Kampung Baru Bukan pilihan yang tepat dari segi nilai harga makanan, kerana ia berbeza beza mengikut siapa yang menjadi juruwang atau pelayan ketika anda membuat pembayaran.

 

RM50.00 - Sama dengan RM5.00 seketul ayam bersaiz kecil - Hassan Shah Restoran

Nasi putih + seketul ayam kicap sebesar "Cuping Telinga Bayi" dan sesudu sayur beharga RM8.00?, Berapakah harga nasi putih? Adakah RM2.00? Sayur sesudu RM1.00? 

 


Bermakna seketul ayam sebesar Cuping Telinga Bayi beharga RM5.00? rasanya ayam Goreng rempah "Mamak" lebih berbaloi beli. 

Jalan Jalan cari Makan

Restoran Terlajak Laris

Jalan jalan Cari Makan Ini..

Sekali lagi ke Restoran Kudu Bin Abdul, restoran cukup popular di Ibu Kota, kebanyakan warga kota dan penduduk setempat akan ke restoran ini untuk menjamu selera.

klfoodcafe
Pilihan menu dengan pelbagai rasa, tetapi masakan yang paling digemari oleh pengunjung ialah "Nasi Kandar" yang cukup sedap sehingga ada yang sanggup menunggu meja kosong serta sanggup berbaris dalam panas terik di waktu tengahari, semata mata ingin merasa masakan restoran "Kudu Bin Abdul".

Jalan Jalan Cari Makan - Restoran Tak Di Rekomen

Santai bersama "KL Food Cafe" jalan jalan cari makan di bandar Kuala Lumpur, dan singgah sebentar di Jalan TAR KL.

Restoran pilihan "Tak direkomenkan" minggu ini ialah Restoran Al Hameed, itulah nama yang terpampar di minggu pintu, dan didalamnya bernama "Restoran Briyani Serban".
KL Food Cafe 
Kenapa restoran ini tak direkomenkan oleh" KL Food Cafe" ialah, juadah yang dijual tak menepati pilihan para pengemar jalan jalan cari makan, kerana tak cukup sedap serta air yang dibuat tak mengikut cara yang betul, sebagai contoh pesanan segelas "Tea O Ice"! Pembuat air di Restoran ini memasukkan air panas separuh dari gelas dan kemudian memasukkan ketul ketul ice.

Cari Makan di Bukit Bintang

Jalan Jalan Cari Makan Dekat mana makanan murah di Bukit Bintang?
Amat sukar untuk mencari kedai dengan harga yang berpatutan atau murah di kawasan "Bukit Bintang" tetapi anda boleh membeli makanan yang murah di gerai makan yang terletak di Jalan Walter Granier.
Jalan Jalan Cari Makan
Kedai Mamak Jalan Walter Granier

Jalan Jalan Cari makan Di Bukit Bintang

Jalan Jalan Cari Makan
Pusing pusing Bukit Bintang area, memang sukar mencari kedai makan yang halal untuk orang melayu dan murah.

klfoodcafe 

Thai Boat Noodle






Jalan jalan cari makan, amboi ramainya orang/pelanggan dekat restoran Thai Boat Noodle yang terletak di  Jalan Tar KL bersebelahan restorant nasi Kandar Kudu Bin Abdul iaitu salah satu kedai makan yang laris.

Jalan Jalan Cari Makan-Ohmahalnya Blog 

Mencari kedai makan yang murah?- Bukan di kedai ini

Jalan Jalan Cari Makan












Tak sanggop dah makan minum dekat sini

Dekat Mana Kedai Makan Murah Di Sekitar Kuala Lumpur? Tapi! Dekat sini mahal. Dah serik minum petang atau minum pagi dekat Restorant ini. Tea O Ice pon RM2.20sen segelas, rasa teh tak ada, rasa manis pon tak ada. Tak kan ambil kesempatan pula mentang- mentang pengambilan gula berlebihan membahayakan kesihatan!

Agak agak la, dah mahal, rasa teh pon tak ada, kalu macam itu jual RM1.70sen kira ok laaa, walaupon di tempat lain anda boleh dapat dengan harga RM1.50sen, Kaslau kedai makan gomo kelate gomo cuma RM0.50sen segelas untuk tea o ice.

Restoran Mohd Yaseem Nasi Kandar

Sudah Tutup Laaaa, tak sempat merasa dan menjamah makanan di sini, telah pon ditutup.

 




Dekat Mana Kedai Makan Yang Sedap Dan Murah Di Kuala Besut

Umpphhh- area di sini kebanyakan kedai makan mereka sedap sedap dan murah itu sudah pasti. Sebelah Pantai Timur katakan.

Kedai kedai makan atau gerai makan di kawsan ini bukan saja murah dan sedap tapi suasananya cukup tenteram dam aman, sambil makan sambil mencuci mata dan rasai bayu laut yang bertiup sambil menjamah makanan serta minuman. Memang relax.

Terdapat banyak kedai makan di kawasan Kuala Besut, sedap dan murah, kepada yang ingin melawat ke sebelah Pantai Timur boleh berkunjung ke Kuala Besut iaitu sempadan Negeri Kelantan dan Terengganu.


klfoodcafe

 




Kedai Bersih

klfoodcafe

Kebanyakan Kedai Makan Yang Terletak Di Kawasan Ini Cukup Bersih.

Tapi awas kena berhati hati kerana ada yang menjual mahal, segelas Tea O Ice RM2.20, tempat lain ada yang berharga RM1.70 segelas, malah ada yang RM1.50 segelas.


 

Murah Dan Sedap, Untuk Minuman Dan Roti Canai Sahaja

Jalan Jalan Cari Makan Roti Canai Sahaja

Dalam banyak banyak kedai atau gerai makan yang menjual roti canai, "Hamdan Roti Canai" adalah termasuk dalam harga yang murah serta sedap dibanding dengan pengusaha roti canai yang lain.

Tetapi jika roti yang canai yang pesan itu baru dibuat dan tidak dari simpanan, maka ia bertambah sedap. Kadang kadang pembuat roti canai mereka simpan, untuk kesenangan serta untuk menjimatkan masa,, tetapi harus di ingat perbuatan itu sebenarnya akan membuatkan roti canai itu hilang rasa kerangupan atau bau. Setengahnya roti tersebut akan menjadi keras. tetapi di Hamdan Roti Canai, ia masih lagi elok jika dibanding kedai kedai yang lain.

Carilah roti canai yang bagus di sekitar bandar Kuala Lumpur selain dari Hamdan Roti Canai pasti amat sukar kecuali Roti canai di kedai Jalan Raja Laut dan Hamdan Roti Canai adalah yang terbaik.

Dari segi harga sudah pasti ia berpatutan.


Restoran Al Ashiq Murah Dan Sedap Serta Berpatutan Harga Dengan Juadah

Oh Mahalnya!!! Jalan Jalan Cari Makan 

Di Lokasi Bukit Bintang, Jalan Walter Grenier.

Jika anda ke Jalan Walter Grenier, anda pasti akan melihat di sepanjang

deretan jalan ini dipenuhi oleh restoran dan gerai makan, termasuk masakan Melayu Indon, Mamak, Bangladesh dan Chinesse. Disinilah terletaknya sebuah Restoran Al Ashiq, tidak kira waktu pagi atau petang, Restoran ini akan dipenuhi oleh pelanggan yang berkerja di berhampiran serta pengujung yang datang dari luar kawasan.

Suasana Restoran cukup membanggakan dari segi kebersihan atau layanan. Dari segi harga makanan boleh dikatakan ok berbanding dari kedai kedai yang lain, kerana ia tidak mahal dan tidak pula murah, cukup dikatakan harga bersesuaian dengan makanan serta  lauk pauk, ditambah masakannya cukup enak.

Restoran Suggestion di Bukit Bintang ialah: Restoran Al Ashiq


Puasa Dah Nak Habis, Tapak Bazaar Ramadan Masih Kosong

Oh Mahalnya!!! Sewa Tapak Bazaar Ramadan Tahun 2016
Episode: Jalan Jalan Buka Puasa!!

Begitulah Suasana Ramadan Tahun 2016

Kerana kegawatan ekonomi berpunca salah urus dari pemimpin maka ekonomi jatuh merudum.
Oh Mahalnya, Rangkaian Kedai Makan

Rakyat jua menderita akibat kenaikan harga barangan di pasaran serta kemunculan GST, katanya bagus untuk rakyat.

Kat celah mana bagus sangat tuh, tak tau la plak. Alkisah kali, nampaknya para peniaga telah takut untuk turun padang berniaga di bazaar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Gara gara kenaikan harga sewa tapak bazaar bagi tahun 2016, semua dah naik harga, jika peniaga naikan harga barangan mereka jadi ada kah pelanggan sanggup membeli?

Barangkali itulah satu sebab kenapa tapak bazaar Ramadan masih kosong, yang mana pada tahun lepas juga para peniaga mengeluh panjang kerana kutipan jualan tak juga melepasi  bayaran sewa tapak bazaar.

Jika anda pergi bazaar Ramadhan tahun ini 2016, anda akan melihat  perubahan dan kekurangan peniaga jelas berkurangan berbanding pada tahun tahun yang sebelumnya dimana "GST" tidak wujud dalam sejarah.

Mungkin anda akan berfikir, kekurangan peniaga kerana pada awal ramadan, mungkin pertengahan ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman penuh sesak dengan Peniaga... Ia betul, mungkin ramai peniaga tetapi tiada pelanggan dan modal sewa tapak bazaar Ramadan mungkin tenggelam.

Persoalan di sini, kenapa bayaran sewa tapak bazaar Ramadan naik harga !!   ohmahalnya?

Jual Mahal, Mana Nak Laku

Misteri Restoran Kudu Bin Abdul

Oh Mahalnya!!!   Restoran Laris Dan Pelik

Jalan Jalan Cari Makan Kali Memaparkan Sebuah Restoran Bernama Kudu Bin Abdul

Kami dari Group Penulis Oh Mahalnya- Termenung seketika setelah melewati Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur setelah melihat betapa, begitu cekal sekali  para pelanggan berbaris untuk menanti giliran atau menunggu meja kosong di sebuah Restoran Kudu.

Restoran ini beroperasi enam hari seminggu dan ditutup pada hari Ahad, agaknya kenapa para pelanggan sanggup berbaris dan menunggu meja kosong pada waktu panas terik dan kesibukan kota untuk makan tengahari.

Kenapa perlu berbaris panjang, kenapa ramai sekali, apakah keistimewaan Restoran ini... akan dibincang pada episode akan datang...

Olahan Dari: Group Malaysia Escape dan Ohmahalnya.





Mencari Kedai Makan Yang Murah!! Sila Ke Kedai Gomo Kelate Gomo

Oh Mahalnya!!! Tapi Yang Ini Termurah

Kuala Lumpur-Dalam kekrisisan ekonomi yang melanda negara Malaysia

tidak dapat dinafikan ramai rakyat membajetkan poket masing masing, ditambah pula dengan kewujudan "GST" para peniaga juga telah mengambil kesempatan untuk menaikkan harga jualan masing masing.
Namun, sebuah kedai makan yang berada di jalan Raja Mahadi Kampung Baru, Kuala Lumpur pandai menarik perhatian pelanggan iaitu kedai bernama "La-Ku" itu adalah nama singkatannya dan penambahan nama "Gomo Kelate Gomo" yang mana segelas "Tea O Beng" atau Tea O Ice cuma berharga RM0.50. Murah Bukan!!!! Wah, itu sudah bagus, kebanyakan semua kedai makan menjula segelasd Tea O Ice dengan harga RM1.60 paling murah ada pula yang menjual RM2.20 segelas seperti di kedai makan "Lotus Nasi Kandar Penang" berhadapan dengan Maju Junction.


Kedai makan "La-Ku", location terdekat iaitu berada berhampiran dengan bangunan DBKL, Malaysia University dan tidak jauh dari Masjid Jamek Kampung Baru, kedai yang baru berurus niaga ini dikatakan akan menjadi sebuah kedai makan yang terlaris pada masa yanhg singkat.

Masalah utama untuk kedai ini atau ke kedai yang lain di kawasan Kampung Baru ialah anda pasti akan melalui kesesakan lalulintas dan kesukaran tempat untuk parkir kereta. Jika itu bukan masalah anda, maka kedai makan "La-Ku" adalah cadangan terbaik. Bayangkan segelas Tea O Ice cuma berharga RM0.50 segelas!!!





Hah, Nasi Putih Ada Kuah Sikit Campur Ikan Potong Sekeping Sebesar Penumbuk Bayi

Kuala Lumpur - Sebuah restoran mamak di Jalan Raja Laut,

Nasi Putih + Kuah S
ikit + Ikan Potong sebesar penumbuk bayi baru lahir beharga RM6.00?
Dalam kiraan berapakah  harga nasi putih atau nasi kosong? katakanlah berharga RM3.00
so harga ikan kecik sebesar kotak mancis itu RM3.00? Dengan kiraan kandungan 2 jenis makanan tersebut, apakah berbaloi?


Jika anda rasa tidak berbaloi apakah anda akan pergi lagi untuk menjamu selera di kedai tersebut?
(Nama kedai makan di rahsiakan) dahulu untuk sisatan umum.







Kedai Murah Dengan Harga Yang Berpatutan

OhMahalnya---- Tapi Yang Nie Murah
Oh Mahalnya

Jalan Jalan Cari Makan, Jom Lepak Kat Kedai Al Mubarak

Dari senarai harga di kedai ini, dikira OK la, tambahan pula kedainya bersih, redup dari panahan sinar matahari. Kami dari penulis blog www.ohmahalnya.blogspot.my selalunya akan lepak disini sambil berehat sebelum meneruskan perjalanan untuk berhibur atau mengerjakan sesuatu.

Awas!!! kalau datang waktu pagi iaitu linkungan 8am ke 9pagi, bukan apa nanti tak ada meja kosong, pada kebiasaanya tempat ini akan dipenuhi oleh para kakitangan kerajaan dan swasta. "Tak Nak Masuk Kerja Ka" dah pukul 9.30pagi. Nak buat macam mana, restoran ini memang sesuai kalau nak bersarapan. Maklumlah tak panas.

Location ialah berhadapan dengan Maju Junction, area yang terdekat Sogo, Pertama Complek, Quill Mall.





Wajar Atau Tak Wajar Harga Tea O Ice

Harga segelas Tea O Ice yang anda pesan di kedai atau di gerai makan berharga RM2.00 segelas?

Kita hayati samada wajar atau tidak, yang mana tea o ice tersebut cuma megandungi ketulan ice, perisa tea, sedikit gula dan air paip!! Air paip, pada pandangan anda berapa ramaikah pengusaha kedai atau gerai makan di tepi jalan dan di tepi longkang jer pun, menggunakan air yang telah dimasak dahulu sebelum dicampurkan atau dituangkan kedalam gelas yang berisi ketulan ice tadi?
Gambar hanyalah sebagai Hiasan

 

Setengah dari pengusaha tersebut juga telah menyediakan air tea yang mana telah diperamkan dalam jar dan dimasukkan kedalam peti ice untuk selama dua hari pada kebiasaanya. Setengah sampai tiga hari. Jadi persoalan disini: patutkah harga segelas Tea O Ice itu dijual pada harga RM2.00?

Sekiranya anda ke kedai atau restaurant "Nasi Kandar, yang mana rata rata dari golongan "mamak" dan para pekerja pula dari kalangan "mat bangla atau pekerja import dari negara India jati.

Kami percaya anda mengalaminya. Dari segi kebersihan diri atau keadaan sekeliling tidaklah memberangsangkan dari segi kebersihan. Seandainya anda melawat kawasan dapur ia seolah tempat pembuangan sampah. Tetapi ia, tidak semua gerai atau pengusaha kedai makan tidak mengambil berat tentang hal tersebut.

Tetapi itulah realitinya. Bagaimana dengan penebar roti canai? agaknya yang membuatkan rasa sedap ialah peluh yang menitis dari lengan yang berbulu. Ada setengahnya pula membancuh telur untuk memasak kepingan roti "gardenia" hanyalah menggunakan jari atau tangannya tanpa menggunakan sudu atau senduk. Benar bukan? Anda pernah tengok bukan?




.Sekiranya anda ingin memakan roti canai kami beri cadangan sila ke kedai "Hamdan" berdekatan Uda Ocean Chow Kit, kedai tersebut betul betul di tepi jalan:
Mengapa disitu?

  1. Rotinya sedap
  2. Pesan dulu baru buat
  3. Bukan buka periuk dan panaskan lalu dihidang
  4. Murah, Minuman juga murah
  5. Bersih

Permulaan Alkisah, Di Tepi Jalan Jer Pun!

  Gambar Lain, Hidangan Macam ni cuma dalam Hotel atau Restaurant mewah atau ada class sikit orang kata, Kedai Kat Tepi Jalan Lain.

Mari Minum

Tak Spadan Dengan Rupa, Harga dia, Mak Oiii. Yor lah, Kalu Kopi cam gambar tuh, harga dia RM8.00 secawan. Ok laa, Coffe Bean, katakan,,  tapi yang kita nak hurai dan bincangkan kat sini ialah, Kat Tepi Jalan dan Kat Tepi Longkang, Jom Mari Minum !!!

Copyrights @ KL Food Cafe - HotelierAdvisor Designed by Film & Media | Distributed By Hotel Review