Kita hayati samada wajar atau tidak, yang mana tea o ice tersebut cuma megandungi ketulan ice, perisa tea, sedikit gula dan air paip!! Air paip, pada pandangan anda berapa ramaikah pengusaha kedai atau gerai makan di tepi jalan dan di tepi longkang jer pun, menggunakan air yang telah dimasak dahulu sebelum dicampurkan atau dituangkan kedalam gelas yang berisi ketulan ice tadi?
|
Gambar hanyalah sebagai Hiasan
|
Setengah dari pengusaha tersebut juga telah menyediakan air tea yang mana telah diperamkan dalam jar dan dimasukkan kedalam peti ice untuk selama dua hari pada kebiasaanya. Setengah sampai tiga hari. Jadi persoalan disini: patutkah harga segelas Tea O Ice itu dijual pada harga RM2.00?
Sekiranya anda ke kedai atau restaurant "Nasi Kandar, yang mana rata rata dari golongan "mamak" dan para pekerja pula dari kalangan "mat bangla atau pekerja import dari negara India jati.
Kami percaya anda mengalaminya. Dari segi kebersihan diri atau keadaan sekeliling tidaklah memberangsangkan dari segi kebersihan. Seandainya anda melawat kawasan dapur ia seolah tempat pembuangan sampah. Tetapi ia, tidak semua gerai atau pengusaha kedai makan tidak mengambil berat tentang hal tersebut.
Tetapi itulah realitinya. Bagaimana dengan penebar roti canai? agaknya yang membuatkan rasa sedap ialah peluh yang menitis dari lengan yang berbulu. Ada setengahnya pula membancuh telur untuk memasak kepingan roti "gardenia" hanyalah menggunakan jari atau tangannya tanpa menggunakan sudu atau senduk. Benar bukan? Anda pernah tengok bukan?