Mencari Kedai Makan Yang Murah!! Sila Ke Kedai Gomo Kelate Gomo

Oh Mahalnya!!! Tapi Yang Ini Termurah

Kuala Lumpur-Dalam kekrisisan ekonomi yang melanda negara Malaysia

tidak dapat dinafikan ramai rakyat membajetkan poket masing masing, ditambah pula dengan kewujudan "GST" para peniaga juga telah mengambil kesempatan untuk menaikkan harga jualan masing masing.
Namun, sebuah kedai makan yang berada di jalan Raja Mahadi Kampung Baru, Kuala Lumpur pandai menarik perhatian pelanggan iaitu kedai bernama "La-Ku" itu adalah nama singkatannya dan penambahan nama "Gomo Kelate Gomo" yang mana segelas "Tea O Beng" atau Tea O Ice cuma berharga RM0.50. Murah Bukan!!!! Wah, itu sudah bagus, kebanyakan semua kedai makan menjula segelasd Tea O Ice dengan harga RM1.60 paling murah ada pula yang menjual RM2.20 segelas seperti di kedai makan "Lotus Nasi Kandar Penang" berhadapan dengan Maju Junction.


Kedai makan "La-Ku", location terdekat iaitu berada berhampiran dengan bangunan DBKL, Malaysia University dan tidak jauh dari Masjid Jamek Kampung Baru, kedai yang baru berurus niaga ini dikatakan akan menjadi sebuah kedai makan yang terlaris pada masa yanhg singkat.

Masalah utama untuk kedai ini atau ke kedai yang lain di kawasan Kampung Baru ialah anda pasti akan melalui kesesakan lalulintas dan kesukaran tempat untuk parkir kereta. Jika itu bukan masalah anda, maka kedai makan "La-Ku" adalah cadangan terbaik. Bayangkan segelas Tea O Ice cuma berharga RM0.50 segelas!!!





No comments:

Post a Comment

Share Your Experience With Us...

Copyrights @ KL Food Cafe - HotelierAdvisor Designed by Film & Media | Distributed By Hotel Review