Restoran Terlajak Laris

Jalan jalan Cari Makan Ini..

Sekali lagi ke Restoran Kudu Bin Abdul, restoran cukup popular di Ibu Kota, kebanyakan warga kota dan penduduk setempat akan ke restoran ini untuk menjamu selera.

klfoodcafe
Pilihan menu dengan pelbagai rasa, tetapi masakan yang paling digemari oleh pengunjung ialah "Nasi Kandar" yang cukup sedap sehingga ada yang sanggup menunggu meja kosong serta sanggup berbaris dalam panas terik di waktu tengahari, semata mata ingin merasa masakan restoran "Kudu Bin Abdul".


klfoodcafe
Ayam gorengnya sungguh ranggup yang diperam bersama bahan herba termasuk "curry" amat sesuai dihidangkan bersama kuah dan sayuran membuatkan "Nasi Kandar Kudu Bin Abdul menjadi restoran pilihan utama di kalangan warga kota.

Manakala disebelahnya pengunjung akan dihiburkan bersama penyanyi jalanan sambil mengutip derma ikhlas.

Restoran ini terletak di Jalan TAR KL berhadapan dengan bangunan CIMB dan berdekatan dengan Tune Hotel.






No comments:

Post a Comment

Share Your Experience With Us...

Copyrights @ KL Food Cafe - HotelierAdvisor Designed by Film & Media | Distributed By Hotel Review