Puasa Dah Nak Habis, Tapak Bazaar Ramadan Masih Kosong

Oh Mahalnya!!! Sewa Tapak Bazaar Ramadan Tahun 2016
Episode: Jalan Jalan Buka Puasa!!

Begitulah Suasana Ramadan Tahun 2016

Kerana kegawatan ekonomi berpunca salah urus dari pemimpin maka ekonomi jatuh merudum.
Oh Mahalnya, Rangkaian Kedai Makan

Rakyat jua menderita akibat kenaikan harga barangan di pasaran serta kemunculan GST, katanya bagus untuk rakyat.

Kat celah mana bagus sangat tuh, tak tau la plak. Alkisah kali, nampaknya para peniaga telah takut untuk turun padang berniaga di bazaar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Gara gara kenaikan harga sewa tapak bazaar bagi tahun 2016, semua dah naik harga, jika peniaga naikan harga barangan mereka jadi ada kah pelanggan sanggup membeli?

Barangkali itulah satu sebab kenapa tapak bazaar Ramadan masih kosong, yang mana pada tahun lepas juga para peniaga mengeluh panjang kerana kutipan jualan tak juga melepasi  bayaran sewa tapak bazaar.

Jika anda pergi bazaar Ramadhan tahun ini 2016, anda akan melihat  perubahan dan kekurangan peniaga jelas berkurangan berbanding pada tahun tahun yang sebelumnya dimana "GST" tidak wujud dalam sejarah.

Mungkin anda akan berfikir, kekurangan peniaga kerana pada awal ramadan, mungkin pertengahan ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman penuh sesak dengan Peniaga... Ia betul, mungkin ramai peniaga tetapi tiada pelanggan dan modal sewa tapak bazaar Ramadan mungkin tenggelam.

Persoalan di sini, kenapa bayaran sewa tapak bazaar Ramadan naik harga !!   ohmahalnya?

Jual Mahal, Mana Nak Laku

No comments:

Post a Comment

Share Your Experience With Us...

Copyrights @ KL Food Cafe - HotelierAdvisor Designed by Film & Media | Distributed By Hotel Review