Tak Ada Customer
Korek hidung
Pernahkah anda melihat apabila lalu atau singgah hendak minum atau makan, tiba tiba anda ternampak salah seorang pekerja kedai makan tersebut relax sambil korek hidung? atau sambil korek korek gigi?KL Food Cafe - Jalan Jalan Cari Makan
Tak dinafikan ia akan terjadi tetapi mungkin anda ternampak dan buat tak tahu, sebab alasan tak mahu memalukan mangsa atau tak mau ambil tahu tentang orang lain walaupun anda sebenarnya berada dalam kedai tersebut untuk sarapan, mungkin juga anda seorang yang tak ambil kisah dan boleh menelan apa sahaja yang ada dihadapan anda.
Pengusaha kedai makan di Malaysia, khususnya mereka tak mengambil berat tentang kebersihan kerana mungkin dia, pengusaha sendiri adalah jenis pengotor, apa yang mereka mahu adalah kutipan wang jualan masakan mereka. Tetapi mereka sebenarnya tidak tahu, bahawa setengah pelanggan amat menitik beratkan tentang hal ehwal kebersihan sekeliling kedai makan dan kebersihan pekerja.
Agaknya apa kata anda sekiranya harga minuman segelas "Tea-O Ice" RM2.20, ditambah tak sedap dan pekerja pulak jenis tak pandai jaga penampilan diri. Ia ada harga segelas "Tea-O Ice" RM2.20 ialah di kedai Lotus Nasi Kandar hadapan Maju Junction.
Ia ada, pekerja relax sambil korek lubang hidung apabila tidak ramai pelanggan menjamu selera di kedai tersebut tanpa merasa ada seseorang yang sedang memerhati gerak geri mereka!! Tetapi kami belum ternampak lagi pekerja restaurant di Lotus Nasi Kandar Penang itu.